Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah....setelah sekian lama, akhirnya berjaya memenuhi hasrat untuk menulis dan berkongsi rasa serta pengalaman. Sempena Hari Guru hari ini, saya ingin memulakan tulisan saya dengan cerita mengenai kisah berkaitan.

34 tahun yang lalu, saya mula menjejakkan kaki ke sekolah pertama di tahun 1. Tanpa tujuan yg nyata mengapa saya perlu ke sekolah, dgn mudah saya bangkit di waktu pg walaupun sebelumnya saya biasa bangkit lewat dr tidur. Apa yg saya tahu, itulah rutinnya bila usia masuk 7 tahun. Setelah sebln dua belajar, br saya tahu bahawa saya mesti ke sekolah utk jd org yg pandai membaca, menulis dan mengira. Kemudian, sedikit demi sedikit, tbina keyakinan bahawa saya perlu ke sekolah demi untuk mjadi org yg bijak, demi mdapat ilmu supaya bila dewasa saya dpt capai cita2.

Pada masa itu, tahun2 70an dan awal 80an, hanya kerjaya guru yg kelihatan gah dan dekat di hati krn tinggal di pinggir pekan Ketereh, saya belum nampak kerjaya2 lain yg agk b'kedudukan. Org hormat cikgu, org dengar buah fikiran cikgu.
Jadi hanya cikgu atau guru2 yg dkt dgn kehidupan harian saya. Maka saya tanamkan cita2 utk jd guru bila dewasa kelak dan rajinlah saya ke sekolah. Selain nak capai cita2, saya rajin ke sekolah kerana saya seronok ke sekolah sbb ada kwn2 yg baik (w/pun ramai jg yg tak baik sbb selalu ejek saya ank Cina) dan guru2 yg baik dan penyayang di sekolah saya SK Ketereh atau dikenali dgn nama 'Sekolah Melayu'. Saya amat menyukai subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (dpt belajar pkataan baru dan guru2 menarik), Sejarah (dpt tahu byk perkara yg lalu), PJ (suka main bola sepak dgn budak lelaki...he3), Agama Islam (dpt dgr cerita2 Nabi) dan lukisan.

Semakin lama belajar, semakin terdedah dgn pelbagai perkara. Lalu saya sedar, saya ada bakat melukis. Guru saya kata, saya pandai melukis. Org yg pandai melukis ada peluang jd arkitek. Di dlm kad 001 di sekolah rendah ada tcatat bahawa cita2 saya no 1 ialah arkitek, no 2 pensyarah dan no 3 guru. Dipendekkan cerita, akhirnya saya jd guru. Kenapa saya akhirnya jadi guru? Saya akan ceritakan dalam post seterusnya nanti.

Apa-apa pun, perkara yg ingin saya tekankan di sini ialah betapa besarnya peranan guru dlm kehidupan murid. Gurulah idola.  Segala kata2 guru, perbuatan guru sentiasa jd phatian murid. Dengan itu, terima kasih dan SELAMAT HARI GURU buat semua guru yg pernah menjadi idola saya ( termasuk suami saya yg tcinta), guru2 yg saya pernah tak suka (maaf byk2), sahabat2 guru, guru2 anak2 saya, semua guru di Malaysia dan guru2 yg dah pencen. Jasamu dikenang, jasamu adalah pahala selagi ilmu yg diajar sentaiasa dimanfaatkan dan dipanjangkan.  Bertuahlah kita krn mjadi guru.